LAMAN RASMI PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI MELAKA

STRATEGIK JABATAN

Memperkukuhkan kedudukan kawasan Hutan Simpanan Kekal dan merumuskan Rancangan Pengurusan Hutan Negeri untuk jangka masa panjang serta melaksanakan tugas pengurusan sumber hutan secara teratur.

Melaksanakan kerja-kerja pemulihan hutan asli secara teratur menerusi rawatan sivikultur ke arah mencapai produktiviti hutan yang maksimum dengan mempergiatkan usaha-usaha menghutan semula kawasan-kawasan hutan simpanan yang kurang produktif dan tanah-tanah kerajaan yang terbiar.

Mengawal selia perjalanan industri-industri berasas kayu ke arah mempertingkatkan mutu pengeluaran dan menggalakkan pertumbuhan industri berasas kayu secara hiliran sebagai meningkatkan nilai tambahan kepada industri.

Mengawal selia kawasan hutan secara intensif bagi kestabilan alam sekitar dan mengekalkan kepelbagaian biologi di dalam hutan-hutan asli serta mempertingkatkan kemudahan infrastruktur di kawasan rekreasi tanpa menjejaskan keasliannya.

Melaksanakan aktiviti-aktiviti pengembangan, publisiti dan seranta kepada semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran awam tentang peranan dan perkhidmatan Jabatan Perhutanan. Memberi segala bentuk nasihat teknikal berhubungan dengan hutan dan fungsinya serta berkenaan dengan pokok dan peranannya. Meningkatkan kecekapan kakitangan menerusi program-program latihan, kursus dan seminar untuk member pendedahan asas profesionalisme perhutanan di kalangan pegawai-pegawai hutan mengikut peredaran masa.

Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan hutan secara berkesan dan intensif berdasarkan Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan) 1993, Enakmen Industri Berasas Kayu 1986 dan Kaedah-kaedah Hutan Pulau Pinang Pindaan 1998 serta melengkapkan pasukan atau unit penguatkuasaan dengan alat-alat kemudahan dan kemahiran di dalam melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan.