|
Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) telah ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka. Enakmen No 1 Tahun 1971 telah diberi peranan dan tugas utama untuk membangunkan serta memajukan Negeri Melaka dalam empat bidang utama iaitu Perindustrian, Pelancongan, Perumahan dan Perniagaan dan Perdagangan.
Peranan utama PKNM ini dilaksanakan berdasarkan halatuju Dasar Pembangunan Negara iaitu meneruskan matlamat meningkatkan taraf hidup dan menyusun semula masyarakat melalui pembangunan yang seimbang dan pengagihan yang saksama. PKNM merupakan sebuah Badan Berkanun yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) terutama dalam penyertaan Bumiputera.
|
|
|